Mesej Utama

Pada 1 Oktober 2012, Nippon Steel Corporation dan Sumitomo Metal Industries, Ltd. telah bergabung untuk menjadi Nippon Steel & Sumitomo Metal Corporation.

Industri keluli kini sedang mengalami suasana perubahan paling pesat yang pernah dialami. Dalam menghadapi cabaran ini, kita perlu berani dan bertindak pantas untuk meningkatkan nilai syarikat kita dan mencapai pertumbuhan yang mapan. Kami berhasrat untuk menjadi “Pembuat Keluli terunggul dengan Keupayaan Menerajui Dunia” menerusi empat inisiatif utama ini: 1) Membawa perniagaan keluli ke peringkat global; 2) berusaha dan cemerlang melalui penggunaan teknologi terkini; 3) mengurangkan kos; dan 4) memperteguh perniagaan bukan keluli.

Dengan menggunakan kehandalan teknologi dan keupayaan pembuatan kami yang tersohor di seluruh dunia, kami berusaha untuk merealisasikan potensi keluli sebagai bahan asas bagi industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global serta mencipta masyarakat yang sejahtera.

Kami ingin meminta agar anda meneruskan sokongan anda terhadap usaha ini.