Siapa kami

Profil Syarikat

Nama syarikat NIPPON STEEL & SUMITOMO METAL CORPORATION
Ibu Pejabat 2-6-1 Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo 100-8071, Japan
Kepimpinan Presiden : Kosei Shindo
Perniagaan Pembuatan keluli dan fabrikasi keluli / Kejuruteraan / Bahan Kimia / Bahan baharu / Penyelesaian sistem
Akhir Tahun Fiskal 31 Mac
Penyenaraian Saham Tokyo, Nagoya, Fukuoka, Sapporo

Strategi Kami

Nippon Steel & Sumitomo Metal Corporation (“NSSMC”) bertujuan untuk menjadi “Pembuat Keluli Terunggul Di Dunia” sejak awal penubuhannya dengan mencapai empat inisiatif berikut.
Dengan meningkatkan inisiatif di bawah, NSSMC akan sentiasa bertindak balas terhadap perubahan dalam persekitaran pengurusan dan menjamin “paras keuntungan tertinggi di dunia” pada bila-bila masa. Di samping itu, usaha gigih turut dilaksanakan untuk menambah nilai korporatnya dan meningkatkan penilaian oleh para pemegang saham dan pasaran-pasaran modal.
NSSMC merancang mengumumkan matlamat-matlamat pengurusan tempoh pertengahan dan dasar-dasar utama dengan segera selepas pembentukannya.

Membawa perniagaan keluli ke peringkat Global

Permintaan keluli di seluruh dunia kian meningkat. NSSMC akan memperkukuh keupayaannya untuk menyediakan penyelesaian kepada para pelanggan di seluruh dunia dan mengembangkan pangkalan pembuatan dan pemprosesannya di luar negara, terutamanya dalam sektor yang sedang berkembang seperti automotif, persekitaran dan sumber/tenaga. NSSMC berhasrat untuk mencapai kapasiti pengeluaran global berjumlah 60 hingga 70 juta tan metrik.

Meningkatkan keunggulan teknologi kami

NSSMC akan meningkatkan baik teknologi terkemuka di dunianya melalui menggabungkan kekuatan teknologi Nippon Steel dan Sumitomo Metal. Masih terdapat potensi peluang yang amat luas dalam landskap industri keluli untuk meningkatkan prestasi keluli sebagai suatu unsur fizikal. NSSMC bakal menerajui dunia dalam bidang pembangunan produk dengan memberi tumpuan pada sektor yang sedang berkembang, pembangunan teknologi pembuatan termasuk proses pengeluaran yang inovatif, yang bermatlamat untuk "memaksimumkan potensi keluli sebagai suatu bahan."

Meningkatkan daya saing kos

NSSMC berhasrat untuk merealisasikan sinergi sekitar 150 bilion yen setahun kira-kira tiga tahun selepas penubuhannya. NSSMC akan berusaha untuk meningkatkan jumlah sinergi sasaran yang dinyatakan di atas dan mencapai sinergi pada peringkat awal. Di samping itu, NSSMC akan terus berusaha dengan lebih lanjut untuk mengurangkan kos demi menambah kelebihan daya saing yang membolehkan ia menangani pasaran global secara lebih berkesan.

Memperkukuh segmen perniagaan bukan keluli

Setiap segmen perniagaan dalam bidang kejuruteraan, bahan kimia, bahan baharu dan penyelesaian sistem akan berusaha mencapai sinergi yang lebih tinggi antara perniagaan keluli, sekaligus menyumbang kepada peningkatan dalam keuntungan NSSMC yang disatukan.

Produk

7 Unit Produk Produk Leper Bar & Rod Dawai Paip & Tiub Plat Produk Pembinaan Kereta Api , Automotif & Alat Ganti Jentera Titanium & Keluli Tahan Karat Khusus
7 Unit Produk Produk Leper Bar & Rod Dawai Paip & Tiub Plat Produk Pembinaan Kereta Api , Automotif & Alat Ganti Jentera Titanium & Keluli Tahan Karat Khusus